k.a.u & a.k.u mungkin telah bertemu dengan pasangan yang k.a.u & a.k.u cintai. Tetapi masalahnya k.a.u & a.k.u masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. k.a.u & a.k.u harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.(betUL ke??? huhuhu......)
Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika k.a.u & a.k.u sudah yakin dengan pilihan masing2, tunggu apa lagi!
Ada alasan kukuh berkahwin Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa k.a.u & a.k.u harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin k.a.u & a.k.u perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri k.a.u & a.k.u, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat k.a.u & a.k.u pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat k.a.u & a.k.u sehingga k.a.u & a.k.u benar-benar yakin.
Harus sedia berkongsik.a.u & a.k.u harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk sakit hatiSegala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti k.a.u & a.k.u harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan k.a.u & a.k.u.
Sedia untuk kompromiPunya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan k.a.u & a.k.u. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisahDi dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika k.a.u & a.k.u melafazkan akad, k.a.u & a.k.u harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.
Sedia menerima malu k.a.u & a.k.u tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
Soal anak Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara k.a.u & a.k.u sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga k.a.u & a.k.u. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. k.a.u & a.k.u tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.
No comments:
Post a Comment